Thursday, October 14, 2010

Apa yang disiarkan media???


Bayi ditinggalkan dalam semak
BALING – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dan dibungkus dengan tuala ditemui di kawasan semak berdekatan sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Titi Teduri, Mukim Pulai di sini semalam.
                Bayi yang luka di badan akibat terkena duri ditemui pekerja dan pemilik taska berkenaan pada pukul 10 pagi dan mereka kemudiannya membuat laporan polis.
                Bayi seberat tiga kilogram itu dengan tali pusatnya sudah dipotong ditemui dalam keadaan lemah dan dihurung semut.
                Bayi lelaki berkenaan dipercayai baru dilahirkan beberapa jam sebelum ditemui dan urinya turut ditinggalkan berdekatannya.
                Pemilik taska terbabit, Siti Hawa Othman, 40, berkata, dua guru di taska iti terlihat tompokan darah ketika membantu pelajar memberus gigi di kawasan itu.
                Mereka kemudiannya memeriksa kawasan sekitar dan menemui bayi yang dibungkus dengan sehelai tuala di kawasan semak di sebelah pagar taska.
                Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Baling, Amelia Shatirah Dorahim berkata, bayi itu dihantar ke Hospital Daerah Baling selepas pemilik taska membuat laporan polis.
                Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mohd. Daut Md. Hasan mengesahkan polis menerima laporan penemuan bayi itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan ibu bayi itu dan pasangannya serta individu terlibat. – Bernama (Dipetik dari Akhbar KOSMO! Rabu, 13 Oktober 2010, muka surat 11)

1 comment:

  1. pihak media juga memainkan perann penting dalm mengatasi masalh ini...

    ReplyDelete