Thursday, October 14, 2010

Statistik yang tercatat...


Mari kita lihat statistik pembuangan bayi dahulu..
• Daripada tahun 2005 sehingga Ogos 2010 -sebanyak 472 kes dilaporkan dimana 214 kes melibatkan bayi dijumpai hidup dan 258 kes bayi dijumpai mati.
• Tahun 2009 pula menyaksikan 79 kes buang bayi dilaporkan dengan 25 kes bayi lelaki dan 29 perempuan manakala 25 janin yang tidak dikenalpasti jantina.
• Manakala daripada Januari 2010 sehingga Ogos 2010 sahaja terdapat 65 kes pembuangan bayi dan kes tersebut boleh dipecahkan seperti jadual dibawah :
26 – bayi lelaki
25 – bayi perempuan
24 – janin tidak diketahui jantina
2 - kes dijatuhkan hukuman
6 – kes masih dibicarakan
21 - ditahan untuk siasatan

Gejala seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini menunjukkan 27% daripada remaja ari ini melakukan hubuingan seks luar nikah. Sepanjang tempoh dua tahun sehinnga 2006, JMK menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai. Menurut statistik kes pembunagn bayi yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, pada tahun 2008 sejumlah 65 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 2006, kes pembuangan bayi bertambah 18 kes menjadi keseluruhan kes pada tahuun tersebut berjumlah 83 kes. Melihat kepada statistik itu, ternyata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah adalah implikasi daripada masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini terutamanya dalam kalangan generasi muda.

No comments:

Post a Comment