Thursday, October 14, 2010

Siapa peduli??? (pandangan orang ramai @ ahli politik)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung. Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis sedia bertindak mengikut klasifikasi berkenaan bagi kes pembuangan bayi sekiranya ia merupakan langkah terbaik dalam membendung jenayah kejam itu. Mohd. Bakri berkata, polis bimbang kes pembuangan bayi akan meningkat tahun ini berbanding tahun lepas, terutamanya melibatkan warga tempatan.Setakat ini, pada tahun ini, sahaja seramai 65 bayi dilaporkan dibuang iaitu 26 bayi lelaki, 25 perempuan dan 24 janin yang tidak diketahui jantinanya, kata Mohd. Bakri kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. “Sepanjang tahun lepas sebanyak 79 kes dicatat iaitu 25 lelaki, 29 perempuan dan 25 janin yang tidak dikenal pasti jantina. “Pada tahun ini walaupun belum sampai lapan bulan sudah nampak ada peningkatan pembuangan bayi yang amat mengecewakan,” katanya. – Bernama
Menurut pensyarah di Jabatan Pedagogi dan Psikologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Dr. Suradi Salim, secara umumnya golongan tersasar ini boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pertama ialah mereka yang tiada langsung asas, pendidikan dan perasaan terhadap agama. Kedua pula ialah golongan yang mempunyai pendidikan agama, mengetahui hukum-hakam agama, tetapi kerana sesuatu yang mengecewakan, maka mereka akan memilih jalan yang menyeleweng. Kumpulan yang ketiga ialah golongan yang tahu agama, tetapi masih memilih jalan yang tersasar.

No comments:

Post a Comment