Thursday, October 14, 2010

Kenapa perkara ini berlaku??? (sebab-sebab pembuangan bayi)

Alasan / Punca Kejadian dan Kelahiran Anak Tidak Sah Taraf serta puncanya kes pembuangan bayi :
• Suka sama suka
• Terlalu percayakan lelaki sebagai kekasih
• Suka bebas/terlalu bebas
• Ingin mencuba seks
• Kurang didikan agama
• Dirogol
• Pengaruh kawan-kawan
• Sebab-sebab lain seperti tekanan keluarga, diabai ibu bapa, jika mengandung ibu bapa akan bagi kahwin dan lain-lain.


Pergaulan bebas merupakan pemangkin utama kes ini. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah Lebih buruk lagi pihak lelaki tidak bertanggungjawab sehingga membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan. Perempuan yang menerima anak juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan.


Kurang didikan agama juga merupakan salah satu punca berlakunya kes pembuangan bayi. Selain cetek pengetahuan agama, mereka juga cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Mereka mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahala. Bagi mereka, perbuatan keji ini adalah perkara baru yang perlu dicuba. Mereka yang melakukan perbuatan yang salah ini kerana menerima maklumat yang tidak betul daripada pihak tertentu untuk menyelesaikan masalah yang diterima sebagai contoh tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji ini berlaku dengan sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang mempunyai anak tanpa berkahwin.



Faktor utama berlakunya masalah ini ialah kurangnya kefahaman agama dalam kalangan masyarakat secara menyeluruh.Tidak dapat dinafikan bahawa kesedaran agama dan semangat beragama akhir-akhir ini begitu menonjol tetepi ia tidak menyeluruh,hanya terbatas pada golongan tertentu sahaja sedangkan golongon muda terutama belia,umumnya masing-masing mejauhkan diri daripada mendalami ilmu agama. Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan menggairahkan yang mudah didapati dalam media elektronik dan bahan-bahan cetakan, dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan gejala tidak sihat ini. Selain itu, ada yang mengatakan malu menjadi faktor utama dan
biasanya kerana hasil hubungan yang tidak sah. Jadi mereka malu pada masyarakat.
Sebenarnya malu pada masyarakat ada batasnya tapi malu pada Allah s.w.t tidak ada
batasnya.
Faktor yang menyusahkan perkahwinan juga menjadi faktor masalah pembuangan bayi. Budaya masyarakat Melayu, umpamanya yang melibatkan hantaran, persiapan perkahwinan, membuatkan orang merasakan untuk mendirikan rumah tangga itu amat menyusahkan kerana mereka tidak mampu. Jadi anak muda yang terlalu ghairah, tidak dapat mengawal shahwatnya terpesong dan melakukan zina, dan menghasilkan anak luar nikah
Tidak ada pengawasan iaitu jauh daripada ibu bapa, mereka akan mudah terpengaruh dengan kawan. Pengabaian dalam member kasih saying adalah salah satu jenis penderaan yang meninggalkan risiko lebih besar yang banyak berlaku dalam masyarakat.


Keruntuhan institusi keluarga islam juga menjadi faktor berlakunya masalah pembuangan bayi. Pensyarah di Akademik Islam, Universiti Malaya, Prof, Madya Hashim Yahya, beliau tidak menafikan gejala sosial yang kedengaran hari ini adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan masyarakat Islam sudah mula tidak mengambil berat tentang betapa pentingnya institusi keluarga
Umat Islam mungkin pada saat ini sibuk dengan pembangunan, mengejar kebendaan hingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar dalam membina satu keluarga yang bahagia. Remaja yang kurang kasih saying ini akan cuba mencari orang lain dan akhirnya terjebak dengan masalah ini.
Faktor yang terakhir yang menyebabkan berlaku masalah pembuangan bayi ini ialah factor masyarakat. Sesetenggah masyarakat memandang kotor orang yang melakukan dosa seperti zina, pembuangan anak, dan sebagainya. Mereka yang terjerumus ini menganggap diri mereka tidak diterima ahli masyarakat lagi. Kerana itu timbul perumpamaan, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan. Kerana itulah wujudnya kes pembuangan bayi dikalangan orang Islam sendiri. Ini kerana orang yang telah melakukan kejahatan, walaupun menyesal tetapi tidak berani untuk mendekati orang di masjid untuk meminta pertolongan.



3 comments: