Thursday, October 14, 2010

Rumusan


Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.
Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.
Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang 
Secara sesimpulanya, masalah pembuangan bayi boleh dikaitkan dalam sejarah yang  sedia ada dua macam pembuangan bayi iaitu yang pertama pada zaman Firaun dimana bayi lelaki dibunuh dan kedua pada zaman jahiliah, anak-anak yang dibuang adalah perempuan. Tetapi pada zaman sekarang, manusia mutakhir sanngup membuang anak tidak kira lelaki dan perempuan.

No comments:

Post a Comment